Sirih Pulang ke Gagang” diambil dari peribahasa Melayu yang Bermaksud “kembali ke tempatnya”.

Ia bermaksud seluruh bangsa Melayu harus kembali kepada jiwa dan raga melayu yang asal dan sepatutnya. Sirih pulang ke gagang ialah suatu program yang memberi penekanan kepada pemahaman mengenai budaya Melayu.

Melalui program sirih pulang ke gagang ini, pihak WarisAlam menganjurkan kursus kursus di sekolah – sekolah, ipt – ipt dan masyarakat umum agar kita sama-sama memahami dan menghayati betapa penting nya budaya melayu di dalam kehidupan kita.

Maka dengan keilmuan ini kita kembali kenal apa sebenarnya itu Melayu dan terus kasih dengan budaya kita yang sudah lahir beribu tahun dahulu.

..kalau MERANTAU pasti kembali, sudah kembali SUBUR menjadi, ibarat RESAM pokok padi, kian TUNDUK lagikan berisi..
.