Wamainkompang

Masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat yang agung dengan kepelbagaian budaya nya yang mengamalkan cara hidup yang berlandaskan agama islam. Budaya – budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu merangkumi keseluruhan cara hidup dari segi adat & adabnya, tutur katanya, busana nya, rentak dan irama nya serta petua – petuanya.

Namun begitu, masyarakat dewasa ini makin melupakan budaya Melayu ini dan lebih mengagungkan budaya luar. Oleh itu, WarisAlam dengan kerjasama entiti – entiti lain telah berusaha untuk memartabatkan kembali budaya Melayu agar ianya tidak hilang ditelan zaman.

Maka dari itu, timbullah Semangat Tujuh yang mana ianya merupakan suatu kombinasi atau penyusunan semula pelbagai jenis kebudayaan Melayu agar ianya mudah difahami dan dihayati oleh generasi masa kini.

Semangat Tujuh tersebut adalah

  1. Jalur Adab Dan Adat
  2. Jalur Senjata
  3. Jalur Rentak Dan Irama
  4. Jalur Perubatan
  5. Jalur Permainan
  6. Jalur Persilatan
  7. Jalur Busana