tepak_sireh_3d_model_3ds_fbx_blend_dae_1d5691c5-aed9-4a36-adbb-ad2a2ad14236

Pengenalan

WarisAlam merupakan sebuah Pertubuhan NGO yang bergerak giat mempromosikan Seni dan Budaya Melayu agar kembali menjadi amalan baik masyarakat Melayu terutamanya di peringkat remaja. WarisAlam turut berjaya mengendalikan pelbagai program dan aktiviti budaya bersama Kementerian, Pusat Pengajian Tinggi dalam menganjurkan Pameran dan Persembahan sehingga ke peringkat antarabangsa.

Antara aktiviti-aktiviti yang sering dilakukan adalah seperti kajian dan pameran, kursus-kursus mengenai seni dan budaya melayu, kelas gerak seni melayu dan aktiviti-aktivi yang melibatkan warisan, seni dan budaya melayu.

Portfolio terbaik WarisAlam adalah menganjurkan program bersama : Kembara ‘Jejak Warisan Jawi’ ke 7 buah negara dengan kenderaan pacuan 4 roda selama 25 hari dari Malaysia ke Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar sehingga ke China meliputi pelbagai program kajian sejarah, persembahan seni budaya, menghulur bantuan kebajikan dan kemanusiaan kepada penduduk Melayu Islam di setiap negara.

WarisAlam berpengalaman lebih 5 tahun mengendalikan pelbagai kursus Seni dan Budaya di semua peringkat umur. Hari ini WarisAlam turut mengendalikan sepenuhnya sebuah program Bahasa dan Budaya Melayu di sebuah sekolah di Kampong Chumnik, Kemboja di bawah program ‘MimbarQaseh’.

Tapak WarisAlam

Rumah milik Persatuan terletak di seksyen 20 Shah Alam, Selangor sebagai Ibu Pejabat dan kegiatan aktiviti-aktiviti Budaya dan sebuah Resort ‘Lembah Warisan Budi’ di Kuala Kangsar sebagai Pusat Latihan Budaya dan Kem Motivasi, menganjurkan pelbagai aktiviti seperti program cuti sekolah – ‘KemBudi’.