korban

Pihak WarisAlam telah mula menguruskan program Ibadah Aqiqah dan Korban di Kemboja sejak tahun 2011. Sejak dari tarikh itu, semakin ramai penyertaan dalam program ini dan semuanya terdiri dari rakyat Malaysia yang prihatin dengan keadaan serba kekurangan masyarakat Melayu di bumi ini.

Di sini, masyarakat Melayu serba tidak mampu dan sudah pasti sumbangan dan bantuan dari rakyat Malaysia amat-amat disanjungi mereka. Hasil dari ibadah ini, mereka bolehlah mengadakan kenduri kendara dan merasakan masakan berlauk daging yang jarang-jarang sekali mereka nikmati.

Lebihan  dari  sumbangan Korban itu  akan  digunakan  untuk  pengurusan,  kebajikan  am  dan  juga membantu  pembangunan  pendidikan  Umat  Islam  di negara-negara  tersebut  seperti  memberi sumbangan kepada  guru—guru agama, masjid, pelajar Islam, fakir miskin, sumbangan peralatan alat tulis dll.

Pihak  WarisAlam  juga  menerima  sumbangan  berbentuk zakat,  sedekah, fidyah, dll untuk disampaikan kepada Umat Islam di sana. Penyertaan umat Islam di  Malaysia  dalam  program  ini sekurang-kurangnya dapat  meringankan  beban  saudara muslim kita di sana.

Pihak  kami  berharap  agar  usaha  ini  mendapat  sokongan dari  semua  pihak  dan  dapat  diwar-warkan  pula kepada  umat  Islam  yang  lain.  Semoga  amalan  kita diberkati Allah swt.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman ibadah aqiqah dan korban.

wajah