IBADAH KORBAN & AQIQAH PADA TAHUN 1439H / 2018M

Persatuan Seni dan Budaya Warisan Melayu Jawi (WarisAlam) telah berjaya menguruskan Program Ibadah Korban & Aqiqah di KEMBOJA pada tahun 2013. Sejak itu, pihak WarisAlam berazam meneruskan kejayaan itu dan semakin ramai rakyat Malaysia yang prihatin akan keadaan saudara Melayu mereka di sana telah menyertai program yang diadakan oleh pihak WarisAlam.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Amalan yang paling dicintai oleh ALLAH S.W.T. ketika Hari Raya Eidul Adha ialah menyembelih haiwan korban”

(At-Tirmizi, Ibn Majah dan Al-Hakim)

Lebihan dari sumbangan korban itu akan digunakan untuk pengurusan, kebajikan am dan juga membantu pembangunan pendidikan umat Islam di VIETNAM, KEMBOJA, MYANMAR dan FILIPINA seperti memberi sumbangan kepada guru-guru agama, masjid, pelajar Islam, fakir miskin, sumbangan peralatan alat tulis dan sebagainya. Selain itu, kami di pihak WarisAlam juga menerima sumbangan berbentuk zakat, sedekah, fidyah dan lain-lain untuk disampaikan kepada Umat Islam di sana. Penyertaan umat Islam di Malaysia dalam program ini sekurang-kurangnya dapat meringankan beban saudara muslim kita di sana.

Jika tuan/puan berminat, klik di sini untuk mengisi borang secara “online”. Tuan/puan juga boleh hubungi kami di bawah untuk maklumat lanjut:

Email          : korban.nusantara@gmail.com

Blogspot     : www.ibadahaqiqahkorban.blogspot.com

Website       : www.warisalam.org

Farid            : 016-6264230

Ustaz Zaid   : 019-2202327

Azizi            : 012-3766307

Pihak kami berharap agar usaha ini mendapat sokongan dari semua pihak dan dapat diwar-warkan pula kepada umat Islam yang lain. Semoga amalan kita diberkati ﷲ S.W.T.

Sekian, terima kasih.