Tahun 2017, akan menjadi detik bersejarah apabila program JWJ siri ke 4 atau JWJ4 buat pertama kalinya akan merentasi sempadan 16 buah negara termasuklah laluan sutera sebagai bukti bahawa generasi Melayu Islam pada hari ini juga mampu melalui pelbagai cabaran dalam membawa pelbagai misi.

Penggembaraan yang berkonsepkan perkongsian budaya ini akan melalui laluan yang sukar disepanjang perjalanan dalam usaha untuk memahami masyarakat disepanjang perjalanan yang mempunyai pelbagai budaya, bahasa dan cara hidup.

Perjalanan yang menjerihkan ini akan merangkumi jarak perjalanan hampir ke 24,000 km akan mengambil masa selama lebih dari 90 hari untuk sampai kedestinasi akhirnya. Kenderaan 4 roda yang digunakan sebagai medium pengangkutan ini bakal membawa peserta yang akan terlibat dengan aktiviti yang padat seperti pengkajian sejarah, pendidikan, program kemanusiaan, persembahan warisan dan budaya yang bukan bermotifkan pelancongan semata-mata.

Bermula dengan memasuki negara Indo-China iaitu Thailand seterusnya negara Myanmar; sebuah negara yang di perintah oleh militer junta sebelum memasuki negara yang bergolak yang di sempadani oleh negara Iran dan Afghanistan iaitu India dan Pakistan seterusnya perjalanan di teruskan dengan memasuki negara China, sebuah negara yang mempunyai benuanya yang tersendiri. Perjalanan JWJ4 di teruskan ke negara-negara di Asia Tengah iaitu negara-negara bekas jajahan kerajaan komunis Soviet Union seperti Kyrgyzstan, Uzbekistan, Turkmenistan dan Kazakhstan sebelum menuju ke negara Russia dan Eropah Timur seperti Azerbaijan, Georgia dan Turki. Dengan menaiki feri ekspedisi JWJ4 akan merentasi Laut Mediternean menuju ke negara yang terkenal dengan pyramid dan firaun iaitu Mesir. Dari Mesir penjelajahan JWJ4 akan merentasi Laut Merah sebelum berakhir di negara Arab Saudi.

Projek ekspedisi JWJ ini juga bakal menjadi perintis kepada ekspedisi berkenderaan 4 roda yang pertama dari kalangan rakyat Malaysia yang membawa mesej keamanan, kemanusiaan melalui perkongsian budaya sebagai misi dan matlamatnya.

http://jwj4.blogspot.my/

Leave a Response